Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



SCAM ALERT: JANGAN TERPEDAYA DENGAN PAKEJ PERKAHWINAN MURAH, TIDAK MASUK AKAL

Pasangan pengantin mana yang tidak mahu memiliki majlis indah dan sempurna menjelang hari perkahwinan mereka. Masing-masing mahu menjadikannya hari paling bersejarah untuk dikenang hingga ke anak cucu.

Malangnya, dek kerana terperdaya dengan tawaran harga tidak masuk akal dan janji ‘bulan bintang’ segelintir pihak perancang perkahwinan atau penyedia servis katering, majlis yang diimpi tidak seindah yang diharapkan.

Malah lebih tragis lagi, pihak yang bertanggungjawab, hilang tanpa dapat dikesan. Aduhai…

Nasihat kami:

1. Jangan cepat terpengaruh bila ditawarkan promosi pakej perkahwinan yang murah dan lengkap menerusi media sosial.

2. Lakukan kajian terlebih dahulu untuk sebarang pakej yang ditawarkan melalui maklumbalas daripada para pelanggan terdahulu. Dapatkan juga pandangan ahli keluarga dan rakan-rakan yang pernah melangsungkan perkahwinan.

3. Semak status perniagaan yang dijalankan oleh pihak berkenaan bagi memastikan ia sebuah perniagaan yang kukuh dan berpengalaman lama dalam bidang tersebut.

4. Dapatkan sebut harga secara lengkap terlebih dahulu bagi pakej yang dinyatakan. Pastikan tiada cas tersembunyi untuk sebarang khidmat yang disenarai dan jangan semudahnya memberi wang pendahuluan berulang kali tanpa sebab munasabah.

5. Buat janji temu secara berdepan (face-to-face) sepanjang urusan anda dengan mereka. Sebaik-baiknya segala urusan dilakukan di pejabat mereka dan bukannya hanya melalui panggilan telefon.

6. Yang terakhir, sentiasa lakukan tindakan susulan (follow up) dengan pihak yang berkenaan bagi memastikan urusan perkahwinan anda telah diambil perhatian sewajarnya. Simpan segala dokumen urusan yang dilakukan untuk sebarang kemungkinan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS