"Phishing website" ialah laman sesawang yang direka oleh sindiket untuk mendapatkan maklumat peribadi perbankan anda seperti nombor kad ATM, kata laluan atau lain-lain maklumat bagi membolehkan mereka mengakses, seterusnya mengambil wang anda tanpa disedari.
Jangan sesekali mendedahkan maklumat perbankan anda di mana-mana platform dalam internet atau melayan panggilan telefon oleh individu yang tidak dikenali.