Pembeli diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika membuat pembelian bagi sesuatu barangan dalam talian.
Semak dahulu nama individu atau syarikat penjual bagi memastikan anda tidak tertipu dengan iklan barangan yang langsung tidak wujud. Teliti juga testimoni pengguna lain yang pernah membuat pembelian daripada akaun penjual berkenaan.