Kuala Lumpur, 1 September 2020 - Tindakan segelintir agensi umrah mempromosi dan menghubungi jemaah yang terkandas, kononnya ibadat umrah akan dibuka semula pada Oktober ini, menimbulkan persoalan mengenai kesahihan tawaran itu.
Tinjauan BH mendapati, ada agensi pengendali umrah giat menawarkan pelbagai promosi menerusi media sosial bagi memancing umat Islam, antaranya pendaftaran tanpa deposit dan penerbangan terawal pada Oktober.
Selain itu, ada jemaah yang terkandas sebelum ini disebabkan sekatan Arab Saudi bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19, turut mendakwa dihubungi agensi umrah yang mengesahkan nama mereka sudah disenaraikan untuk berangkat ke Tanah Suci, Oktober ini.
Mengulas promosi seumpama itu, pembimbing haji dan umrah bebas, Muhammad Soffi Roslan, menyifatkan agak mustahil sekiranya ibadat umrah dibuka semula mulai Oktober ini.
"Saya ada terdengar ura-ura itu, bahkan ada yang mengatakan umrah dibenarkan mulai bulan depan, tetapi sebenarnya agak mustahil memandangkan kes COVID-19 di Arab Saudi, masih tinggi setakat ini.
"Sehingga kini, kami belum menerima apa-apa pengesahan, apatah lagi mengenai tarikh penerbangan.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN