Bukan anda sahaja yang teruja untuk membuat pengeluaran wang melalui i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), malah sindiket penipuan juga 'siap sedia' menjalankan tipu helah bagi memperdaya pencarum yang terleka.
Terkesan beberapa aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat pencarum tanpa disedari.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk secara terus kepada pihak KWSP bagi mendapatkan maklumat sahih dan aplikasi rasmi yang dibangunkan bagi tujuan berkenaan.
Ingat! Jangan sesekali terpedaya dengan helah atau taktik mana-mana individu atau pihak yang meragukan.
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja