Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



[SCAM ALERT] KERATAN AKHBAR PILIHAN: KASANOVA MAYA CARI MANGSA, JANDA SASARAN UTAMA

Kuala Lumpur, 5 Mac 2021 - Janda kaya dan memiliki harta yang banyak menjadi sasaran utama sindiket ‘Love Scam’ atau kini lebih popular digelar kasanova maya yang mahu mengebas dan mengikis duit golongan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, kebanyakan janda yang menjadi mangsa penipuan kasanova maya adalah berusia 40 tahun dan ke atas serta bekerja di syarikat swasta.

Menurutnya, berdasarkan statistik bagi tempoh dua tahun iaitu 2019 dan 2020, golongan janda paling ramai ditipu sindiket tersebut melibatkan seramai 1,750 orang.

"Kebanyakan janda pada usia ini dikategorikan sebagai golongan yang sudah stabil dari segi kewangan, malah mereka juga hidup dalam kemewahan dengan memiliki pelbagai aset sendiri termasuk rumah dan kereta mewah.

"Golongan janda amat memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu serta berkongsi cerita kerana mereka hidup kesunyian dan kurang kasih sayang.

"Disebabkan ini, mereka mudah diperdaya kasanova maya dengan kata-kata manis sehingga menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo! di lampiran.

Sumber: Kosmo Online

May be an image of 1 person and text that says 'Kasanova maya cari mangsa Janda kaya, si lurus bendul jadi sasaran SINDIKET Love Scam ataukini lebih popular digelar sebagai semakin aktif nangsa erstatus janunuk' mengebas' wang Jabatan Siasatan Jenayah Aman, Zainuddin Yaacob berkata, berdasarkan statistik bagi ×*+最1 ZAINUODIN ditipukasanova 1,750 orang. Kebanyakanjanda yang adalah kemewahan sendiri rumah reta mewah selain lurus bendul,' katanya kepada pada Selasa lalu. 絶 LAPDMUKA2 LAPORAN ZANUDDINketikatemubualkhsbesama'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS