Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: HUBUNGI CCID SCAM RESPONSE CENTER JIKA BERLAKU SEBARANG PENIPUAN ONLINE

Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Polis mengesan akaun aplikasi WhatsApp dan Telegram milik ahli politik, bekas pegawai tinggi kerajaan dan golongan kenamaan antara digodam sindiket penipuan yang menyamar sebagai rakan untuk meminjam wang.
Mendedahkan perkara tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket terbabit akan menggodam aplikasi telefon pintar milik mangsa sebelum mengambil alih akaun tersebut untuk menghubungi rakan mangsa bagi tujuan mendapatkan wang.
Sementara itu, JSJK Bukit Aman menerusi pasukan CCID Scam Response Center akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi menangani jenayah penipuan dalam talian dengan lebih pantas.
Beliau berkata sejak penubuhan CCID Scam Response Center pada Februari tahun lepas, 2,399 panggilan diterima dengan 1,530 panggilan atau 63.4 peratus adalah tentang pertanyaan berkaitan modus operandi jenayah macau scam, “love scam”, belian dalam talian, pinjaman tidak wujud, penipuan pelaburan dan ah long serta 869 panggilan berkaitan lain-lain pertanyaan, penyaluran maklumat jenayah dan sebagainya.
Katanya, CCID Scam Response Center merupakan sebuah pusat panggilan yang ditubuhkan bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk berkomunikasi secara langsung dengan JSJK, dan beroperasi bermula 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.
"Orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika menjadi mangsa penipuan atau menerima panggilan yang mencurigakan supaya JSJK dapat membantu kepada proses seterusnya," katanya.
Selain itu, orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM dan BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS