Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



#BeSmartStayAlert [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: PENYAMARAN SEBAGAI PEGAWAI LHDN

Jangan panik atau takut sekiranya anda menerima panggilan telefon kononnya daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai tunggakkan cukai LHDN yang mana akan meminta maklumat peribadi dan perbankan anda. Jangan sesekali dedahkan maklumat tersebut kepada pihak yang tidak dikenali.

Ingat! Tiada agensi kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa akan meminta maklumat sulit atau peribadi daripada anda melalui telefon kecuali hanya untuk membuat temu janji di pejabat.

Ikuti modus operandi sindiket jenayah penipuan "Macau Scam", tips dan nasihat yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebagai panduan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS