Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil atau kakitangan kerajaan.
Ingat! Tiada agensi kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa akan berurusan atau meminta maklumat sulit daripada anda melalui telefon.
Pastikan anda membuat pengesahan terlebih dahulu daripada pihak yang berkenaan jika menerima panggilan sebegitu.