Scam Alert



#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: ELAK GUNA APLIKASI PINJAMAN e-AHLONG

Masyarakat dinasihatkan supaya tidak menggunakan aplikasi tertentu yang dimuat turun di apps store telefon bimbit bagi tujuan pinjaman duit kerana aplikasi pinjaman ah long tersebut akan meminta peminjam untuk membenarkan maklumat peribadi seperti lokasi, gambar dan senarai nombor telefon kenalan dikongsikan ketika proses muat turun dilakukan.

Sekiranya peminjam gagal membuat bayaran, ah long akan bertindak mengugut untuk menyebar gambar-gambar dan mengganggu rakan kenalan peminjam menggunakan maklumat peribadi yang diperolehi daripada telefon bimbit peminjam melalui aplikasi tersebut.

Ketahui modus operandi yang digunakan ah long dan dapatkan tips serta nasihat yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebagai panduan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS