Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] KEMPEN ANTI-SCAM PDRM 2022: DATO’ AWIE TERUSKAN JELAJAH KE NEGERI JELAPANG PADI

Alor Setar, 21 Julai 2022 – Duta Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022, Dato’ Azhar Othman atau Dato' Awie semalam meneruskan kempen jelajahnya ke negeri utara tanah air apabila hadir menjadi tetamu khas di konti radio Kedahfm, di sini.
Turut hadir sebagai tetamu dalam kempen tersebut ialah pelawak terkenal, Encik Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Superintendan Elias Omar bagi berkongsi pelbagai maklumat tentang jenayah ‘scam’ kepada para pendengar radio di negeri Kedah.
Seusai menjayakan kempen anti scam di Kontinjen Kedah, konvoi terus bergerak ke lokasi jelajah seterusnya di Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sumber: Polis Kedah





PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS