SMSSpy merupakan penipuan melalui panggilan telefon yang mengarahkan anda memuat turun aplikasi Android bagi menyelesaikan pembekuan akaun bank anda.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan berwaspada dengan ancaman SMSSpy yang akan menyebabkan anda kehilangan wang dari akaun perbankan serta kecurian peribadi. Ikuti infografik yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia sebagai panduan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.