Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan dalam talian menggunakan kepala surat palsu dengan logo Bursa Malaysia yang menjanjikan keuntungan atau memberikan wang tidak munasabah.
Bursa Malaysia sama sekali tidak pernah memberi kebenaran mahupun menyokong aktiviti tersebut. Para pelabur dinasihatkan untuk sentiasa menyemak senarai amaran di @SecComMY (
http://sc.com.my/investor-alert) sebelum membuat sebarang pelaburan.