Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



SCAM ALERT: MODUS OPERANDI SCAM TELEGRAM

Kebelakangan ini terkesan satu helah baharu yang digunakan oleh sindiket penipuan skim pelaburan dengan menggunakan aplikasi Telegram.
Ahli sindiket akan terlebih dahulu mengiklankan skim pelaburan tersebut di Facebook ataupun Instagram bagi menarik perhatian pelabur untuk ke saluran Telegram yang telah disediakan.

Pelabur yang teruja dengan pulangan lumayan akan segera memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun wakil-wakil tertentu sebelum menyedari diri mereka tertipu apabila wakil skim gagal dihubungi.
Modus operandi sindiket yang lebih terperinci boleh dirujuk melalui perkongsian daripada Securities Commission Malaysia ini.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS