Scam Alert



#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Berhati-hati sekiranya anda menerima panggilan telefon yang kononnya dari Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dan meminta maklumat peribadi serta perbankan anda. Jangan sesekali dedahkan maklumat tersebut kepada pihak yang tidak dikenali.

Ingat! Tiada agensi kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa akan meminta maklumat sulit atau peribadi daripada anda melalui panggilan.

Dapatkan maklumat yang sahih di laman portal BKM melalui https://bkm.hasil.gov.my sebagai panduan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS