National Scam Response Center (NSRC) tidak akan sesekali menghubungi atau menghantar apa-apa pautan melalui WhatsApp mahupun Sistem Pesanan Ringkas (SMS) serta tidak meminta maklumat perbankan peribadi seperti nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC), kata laluan dan nombor akaun anda.
NSRC juga tidak mempunyai sebarang aplikasi atau laman web untuk mana-mana pihak memasukkan maklumat peribadi bagi tujuan siasatan.
Anda boleh menghubungi NSRC melalui talian 997 jika menjadi mangsa penipuan dalam talian ataupun ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenayah komersil.