Sekiranya anda menerima sebarang pautan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor atau individu tidak dikenali, anda hendaklah bertenang dan usah memberi tindak balas segera dengan SMS tersebut.
Jangan terpedaya dan tidak sesekali klik pada pautan yang diberi kerana ia akan memudahkan aplikasi palsu mencuri data peribadi anda.