Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



ARTIKEL PILIHAN: KERUGIAN LEBIH RM100,000 KES “SCAMMER” BAJU RAYA

Kuala Lumpur, 12 April 2023 - Kes penipuan beli baju raya merekodkan kerugian mencecah RM121,448 bagi tempoh sembilan tahun sejak 2014 hingga tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 29 kes dilaporkan.
"Pada tahun ini sahaja setakat Mac, ada lima laporan diterima dengan kerugian bernilai RM13,500.

"Dalam isu ini, tidak dinafikan “scammer” mengambil peluang untuk menipu terutama sekali melibatkan pembelian secara dalam talian," katanya.
Beliau berkata, apa pun tawaran, peluang pekerjaan, program kerajaan atau bukan kerajaan yang berunsurkan penglibatan rakyat, “scammer” akan sentiasa mengambil peluang untuk memperdaya mangsa.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika membuat pembelian secara dalam talian dan diminta untuk membuat semakan kepada pihak berkuasa jika mempunyai keraguan.

"Segera hubungi bank atau National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menyedari telah menjadi mangsa penipuan dalam talian.
"Orang ramai juga boleh membuat semakan akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah penipuan di https://semakmule.rmp.gov.my. Layari akaun media sosial rasmi JSJK dan Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police untuk maklumat terkini jenayah komersil," ujarnya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../kerugian-lebih...
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS