Kementerian Dalam Negeri mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang menggunakan emel palsu dengan tajuk "Parcel Delivery: Ministry of Home Affairs - Customer Service" yang meminta individu untuk membuat pembayaran tertentu ke akaun pihak tidak bertanggungjawab.
Pastikan anda sentiasa peka dan abaikan emel tersebut bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa penipuan.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri