Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [HEBAHAN] AMARAN SCAM: WASPADA PAPARAN HALAMAN PORTAL RASMI PDRM SEBAGAI TAKTIK SINDIKET PENIPUAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu helah sindiket penipuan yang mewujudkan sebuah laman sesawang dengan mengguna pakai gambar halaman Portal Rasmi PDRM bagi memperdaya orang ramai.

Halaman tersebut memaparkan notifikasi "Your browser has been locked!" yang mendakwa anda sebagai pengguna internet telah melayari laman sesawang berunsur lucah, propaganda, keganasan dan lain-lain.

Pengguna seterusnya diminta membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan di dalam peranti yang digunakan akan musnah jika gagal membuat pembayaran, bersama ugutan bahawa sepasukan anggota polis akan datang membuat tangkapan.

Orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menemui laman sesawang yang mencurigakan.

May be an image of text that says 'Laman Utama Profil PDRM Progrom Search Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia The Official Portal of Royal Malaysia Police Hubungi Kami browser has been blocked! FAQ Resolution Code No. dated 30.06.2023. Your device blocked for visiting sites hat contain materials prohibited Malaysian law propaganda homosexuality. Card Card Expiration LAMARAN timely SCAM MM Confirm pornography, pedophilia, violence, VISA VISA WASPADA PAPARAN HALAMAN PORTAL RASMI PDRM SEBAGAI TAKTIK SINDIKET PENIPUAN Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official PDRMsia PDRMsia PDRMsia_Official'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS