Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: PASTIKAN BADAL HAJI TIDAK JADI ‘BEDAL HAJI’

Umat Islam di negara ini diingatkan berhati-hati dan siasat sebelum menggunakan perkhidmatan badal haji ditawarkan individu atau syarikat yang tidak dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia pendekatan terbaik bagi mengelak mereka yang berhasrat melakukan badal haji daripada menjadi mangsa penipuan.

Beliau mengakui kes penipuan membabitkan badal haji banyak kali berlaku dan TH sentiasa memberi peringatan berhubung perkara itu.

“Al-Quran dan hadis juga mengajar kita menyiasat betul-betul mengenai suatu perkara itu.
“Kita sentiasa memberi peringatan supaya perbuatan “scammer” berkait badal haji ini tidak terus berleluasa.

"Jika seseorang mahu mengambil perkhidmatan badal haji bukan ditawarkan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH, dia perlu menyiasat betul-betul supaya tidak tertipu. Kita tidak mahu badal haji menjadi ‘bedal haji'',” katanya ketika sidang media selepas melawat Pusat Rawatan TH di Makkah, malam kelmarin.

Bacaaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 7 people and text that says 'Pastikan badal haji tidak jadi 'bedal haji' bagi mengelak mereka yang Orang ramai dinasihat siasat khidmat elak jadi mangsa scammer badal Mohd Na'ir melawat Pusat Rawatan Ho Makkah malam kelmarin. Daripada Choo Abdullah Makkah mengajar mengenal membabit- badah. mengingat- perkara memberi Abdullah/BH berada mangsa Umat Islam seperum negara matan meng- disebabkar Lembaga kepada (Hai Fhwal Agama). Mohd pendekatan akibat berlaku Dalam dengan menge- terbabit dengan nengalami ukmn haji pada mettannl keadaa berwukuf di'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS