Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran skim pelaburan palsu menggunakan gambar tokoh agamawan dengan pulangan yang lumayan untuk menarik perhatian pelabur.
Sentiasa peka serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, kerana "scammer" sentiasa mencari jalan untuk menipu mangsanya.