Kuala Lumpur, 24 September 2023 - Jalinan kerjasama rentas agensi membuahkan hasil dalam mengekang jenayah penipuan 'scam' menerusi panggilan telefon dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata usaha berkenaan akan terus dipergiat bagi membanteras jenayah itu yang menyebabkan kerugian mangsa mencecah sehingga jutaan ringgit.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata selain kerjasama rentas agensi, undang-undang sedia ada juga mungkin perlu dilihat semula memandangkan jenayah ini sentiasa berkembang dengan elemen baharu, mencadangkan agar langkah diambil negara Eropah dijadikan contoh.
"Mungkin undang-undang sedia ada tidak memadai kerana kaedah perlakuan jenayah telah berubah umpamanya, ledakan teknologi kecerdasan buatan (AI) juga memerlukan kajian semula undang-undang," katanya menambah setakat ini, jenayah penipuan masih mengguna pakai Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Bacaam lanjut di pautan seperti berikut,