Sindiket penipuan akan berpura-pura menjadi 'pemilik hotel' dalam aplikasi pelancongan dan menggunakan pautan “phishing” untuk mencuri maklumat kad anda.
Jangan mudah ‘termakan’ dengan tipu helah tersebut! Elakkan pautan yang mencurigakan, jangan berkongsi maklumat kad anda di dalam mesej dan sahkan dengan perkhidmatan pelanggan aplikasi atau terus hubungi hotel tersebut.
Lindungi maklumat peribadi anda untuk percutian yang menyeronokkan.