Jangan mudah terpedaya dengan tawaran kerja "online" yang diperolehi dan meminta anda untuk berkongsi maklumat perbankan.
Ia antara taktik penipuan sindiket akaun keldai bagi memperdayakan mangsa dan anda dinasihatkan supaya melakukan semakan terlebih dahulu berkaitan tawaran kerja dengan agensi berkaitan.
Hubungi Pusat Response Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 jika menjadi mangsa penipuan.