Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] TIPU JUAL TANAH LOT, SITI AISYAH NASIB GHAZALI DIBERKAS POLIS

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2024 - Polis meminta orang ramai berhati-hati dengan tawaran penjualan tanah lot ditawarkan seorang wanita dikenali sebagai Siti Aisyah Nasib Ghazali.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sebanyak 15 laporan diterima sejak 2016 berkenaan kegiatan didalangi wanita itu yang membabitkan kerugian mencecah RM547,650.

Katanya, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menandatangani perjanjian jual beli dengan pemilik tanah kononnya untuk membeli tanah terbabit.

"Pada masa yang sama, suspek akan mengiklankan penjualan tanah tersebut secara pecahan lot.

"Bagi meyakinkan mangsa, suspek akan menunjukkan dokumen pembelian tanah itu ataupun mendakwa dia telah memperoleh kuasa mentadbir (power attorney) daripada pemilik asal tanah.

"Percaya dengan dakwaan yang dibuat suspek, semua mangsa akan membuat bayaran bagi membeli lot tanah yang ditawarkan," katanya dalam sidang media di Menara KPJ di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../begini-cara-siti-aisyah...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS