Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: LULUSAN UNIVERSITI SASARAN SINDIKET PENIPUAN KERJA

Melaka, 15 November 2024 - Lulusan universiti di Malaysia kini menjadi sasaran utama sindiket penipuan pekerjaan luar negara yang menawarkan gaji tinggi terutama dari Indochina.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sindiket itu mengambil kesempatan terhadap golongan berkenaan yang sedang mencari pekerjaan.
Katanya, iklan-iklan yang disiarkan dengan tawaran gaji lumayan dalam media sosial menjadi punca terpengaruh, sehingga tidak menyedari terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian atau “scammer”.
Menurutnya, sindiket itu menawarkan gaji antara RM4,000 hingga RM5,000 berbanding bekerja di negara ini dengan upah antara RM1,500 hingga RM2,200.
“Iklan itu tidak menunjukkan mereka terlibat sebagai “scammer” dan judi dalam talian, sebaliknya menggambarkan kerja sebagai pegawai perhubungan awam, pegawai perkhidmatan pelanggan, pegawai teknikal dan lain-lain.
“Justeru nasihat saya kepada golongan anak muda terutama lepasan universiti yang melihat tawaran gaji lumayan pekerjaan di luar negara, sebenarnya mereka harus semak semula,” katanya selepas Seminar Penguatkuasaan ATIPSOM 2024 di Bandar Hilir di sini, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia. seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS