Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA DENGAN PENIPUAN "PHONE SCAM"

Sindiket penipuan panggilan atau "phone scam" merupakan satu bentuk penipuan melalui panggilan telefon di mana penjenayah menyamar sebagai pihak berkuasa, pegawai bank, syarikat utiliti atau wakil institusi tertentu untuk memperdaya mangsa memberikan maklumat peribadi, nombor akaun, kata laluan atau wang.

Modus operandi sindiket termasuk menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mendakwa mangsa terlibat dengan beberapa aduan penipuan pelaburan. Sindiket juga turut menyamar sebagai pihak polis untuk mengaburi dan meraih kepercayaan sebelum mengarahkan mangsa membuat beberapa transaksi ke akaun bagi tujuan siasatan kononnya, namun mengakibatkan kerugian besar.

Orang ramai diingatkan agar tidak mudah percaya dengan panggilan yang mendakwa anda terlibat dalam kes jenayah. Ingat! Pihak berkuasa tidak pernah meminta wang atau maklumat bank.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

May be an image of phone and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS