Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

12 BOOKIE PIALA DUNIA DICEKUP

GEORGE TOWN - Seramai 11 lelaki dan seorang wanita dipercayai bookie yang terlibat dalam kegiatan pertaruhan kejohanan Piala Dunia 2014 ditahan polis sejak kejohanan itu berlangsung 13 Jun lepas. 

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan, berkata, kesemua suspek berusia di antara 28 hingga 60 tahun itu diberkas di beberapa buah kedai minuman, kedai makan dan rumah di lima daerah negeri ini menerusi Ops Soga yang dilancarkan pada 26 Mei lalu. 

Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang akan membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun. 



Sumber: Kosmo
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS