Tujuh pemuda berusia 20 hingga 23 tahun ditahan polis kerana merempuh
pagar serta memecahkan cermin surau Pangsapuri Sri Palma Villa dekat
Mantin di sini, pagi kelmarin.
Dalam
kejadian 9.30 pagi itu, suspek yang dipercayai mabuk berang apabila
perbuatan mereka minum arak di sebuah pondok berhampiran surau terbabit
ditegur seorang Jemaah yang berada dalam kawasan berkenaan.
Ketua
Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata kejadian itu
berpunca daripada salah faham dan tidak membabitkan isu perkauman atau
keagamaan.
Semua suspek direman sehingga jumaat ini untuk siasatan lanjut.
SUMBER : BERITA HARIAN