Raub, 20 Ogos - Cubaan seorang penganggur membuang kotak kecil yang menyimpan lima peket plastik mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu ke dalam mangkuk tandas terbantut apabila dia ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di bandar ini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 7.15 malam itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit bertindak membuang peket plastik berkenaan selepas menyedari kehadiran sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenavah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Raub.
Ketua Polis Daerah Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, ketika serbuan dilakukan, penganggur terbabit membuka pintu bilik sebelum polis menjalankan pemeriksaan di dalam bilik berkenaan.
"Ketika melakukan pemeriksaan di dalam bilik air, polis menemui objek mencurigakan di dalam mangkuk tandas sebelum mengambilnya untuk siasatan lanjut," katanya.
Sumber: Harian Metro