Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PDRM TERUS LEBAR PENGUASAAN

Kuala Lumpur, 24 Ogos - PDRM FA menempatkan diri dalam kedudukan selesa ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah pada pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan malam tadi.

PDRM FA selaku juara Liga Perdana musim ini, melengkapkan pusingan pertama dengan rekod bersih selepas mengalahkan T-Team 4-1 bagi saingan kumpulan D di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

'The Cops' membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi Bobby Gonzales, seterusnya pemain import, Ashfaq Ali yang berasal dari Maldives, meledakkan gol kedua pada minit ke-23 dan Bobby sekali lagi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-66.

Seterusnya, Charles Souza Chad mengesahkan kemenangan PDRM menerusi jaringan keempat pada minit ke-83 manakala gol tunggal T-Team disumbangkan oleh pemain import dari Rwanda, Jimmy Mulisa pada minit ke-86.

Kemenangan itu mengekalkan ‘The Cops’ sebagai pendahulu kumpulan D



Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS