Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PDRM PASUKAN PERTAMA KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2014

Kuala Lumpur, 28 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan dalam saingan Kumpulan D.

Pemain import Ashfaq Ali menjadi wira apabila membantu skuad 'The Cops' itu menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

'The Cops' membuka tirai jaringan melalui Ashfaq pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti sebelum T-Team menyamakan kedudukan pada minit ke-50, walau bagaimanapun Ashfaq sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-86 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah.

Kemenangan tersebut membolehkan PDRM mendominasi carta kedudukan kumpulan dengan 12 mata, meninggalkan Selangor di tangga kedua dengan enam mata.



Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS