Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

EMPAT WARGA ASING DIBERKAS

Kluang, 24 Sept. - Polis Kluang berjaya memberkas empat warga asing yang dipercayai aktif jenayah samun, 14 September lalu.

Serbuan dilakukan di sebuah tempat pengumpulan kelapa sawit di Kampung Seri Timur jam 6 pagi oleh sepasukan pegawai di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Kluang.

Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, keempat-empat suspek yang diberkas berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun.

Mohd Roze berkata, semua suspek ditahan reman 14 hari sehingga 28 September ini dan didakwa di bawah Seksyen 395 dan 397 kanun keseksaan yang membolehkan mereka dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.



Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS