Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS PERHEBAT OPS CANTAS MENJELANG PERAYAAN

GEORGE TOWN - Polis merancang dan merangka operasi bagi membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap yang memeras ugut serta meminta wang perlindungan daripada orang awam menjelang Deepavali.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis akan memperhebat Ops Cantas di seluruh negara bagi mengesan kumpulan terbabit yang sering menjalankan aktiviti menjelang musim perayaan.

Wan Junaidi meminta orang ramai agar tidak bersekongkol dan akur dengan permintaan mereka selain bekerjasama dengan polis bagi menyekat kegiatan kumpulan itu.

Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS