Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

LELAKI TIKAM PENUNTUT UITM DIPENJARA LAPAN TAHUN



Alor Gajah - Mahkamah Sesyen Alor Gajah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun serta dua sebatan terhadap seorang lelaki selepas dia mengaku bersalah mendatangkan kecederaan semasa merompak seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) 10 September lalu.

Rahim Othman, 20, yang membuat pengakuan bersalah pada 25 September lalu, sekali membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Nariman Badruddin selepas pertuduhan dibacakan kepadanya semalam. 

Rahim dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa merompak Siti Irina Ridzwan, 20, di Apartmen Dimesi di sini kira-kira jam 5.30 pagi pada 10 September lalu. 

Sumber: Akhbar Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS