Teluk Intan, 31 Okt – Gara-gara mahu melepaskan diri daripada ditahan polis, seorang tukang urut warga China sanggup bersembunyi dalam longkang sebelum dicekup dalam satu Ops Judi dan Maksiat di sekitar Teluk Intan, malam kelmarin.
Wanita itu sanggup bersembunyi dalam longkang dipenuhi air kotor dan sampah sebelum berjaya dikesan anggota serbuan.
Sumber: Sinar Harian