Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

BAPA BAWA ANAK BERJUDI

Hulu Selangor, 18 November - Seorang bapa yang juga 'kaki judi' tegar sengaja membawa bersama anak lelakinya berusia enam tahun untuk turut sama bertaruh sabung ayam di dalam belukar.

Lelaki berusia 40 an itu dikatakan mengajar anaknya kaedah pertaruhan dilakukan di gelanggang sabung ayam terletak di kawasan ladang kelapa sawit di Ulu Yam Lama di sini.

Hasil serbuan mengejut itu, seramai lapan lelaki tempatan berjaya diberkas polis ketika sedang leka bertaruh sabung ayam di lokasi itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Binatang 1953, Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/62 dan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS