Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KAKI SAMUN MASUK PERANGKAP

Batu Pahat, 18 November - Pasukan polis daerah ini berjaya menyelesaikan enam kes samun dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 21 tahun, di kediamannya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, polis berjaya menemui beberapa barangan merupakan hasil kegiatan samun suspek.

"Suspek merupakan pekerja di sebuah kantin di daerah ini telah mengaku terlibat dalam enam kes samun.

"Polis turut menangkap seorang lagi individu yang merupakan pembeli barangan samun suspek di daerah ini, malah dia yang bekerja di sebuah gerai burger didapati positif dadah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 14 tahun, dan boleh dikenakan denda juga sebat.

Katanya, orang ramai diharap memberikan kerjasama berterusan kepada pihak polis demi kesejahteraan bersama.

"Orang ramai boleh menghubungi talian hotline IPD Batu Pahat di 07-4343999 atau balai polis berhampiranr katanya.


Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS