Bahau, 18 November- Hasrat keluarga seorang anggota polis meraikan hari lahirnya ke-55, tidak kesampaian apabila dia parah selepas kereta peronda dinaikinya dirempuh di sini, tengah malam kelmarin.
Koperal Zulkifly Zainuddin, 55, patah tiga tulang rusuk selain cedera di kepala, dada dan paru-paru, manakala rakannya, Lans Koperal Abdullah Abd Karim, 24, luka di muka.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, yang melawat kedua-dua mangsa di HTJS, berkata kereta peronda terbabit dirempuh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah.

Sumber: Berita Harian