Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

2,000 KAYU BALAK DITEBANG SECARA HARAM DIRAMPAS


Sarikei, 19 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi berjaya membongkar kegiatan pembalakan haram dan kali ini di kawasan Loba Lepah Paloh, Batang Rejang di sini, hari ini. 

Dalam operasi pukul 11 pagi itu, sepasukan empat anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, menemukan 2,000 batang kayu balak pelbagai jenis yang dipercayai ditebang secara haram, dianggarkan bernilai RM202,500. 

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Kalai Chelvan berkata, longgokan kayu balak itu dijumpai anggotanya semasa menjalankan Ops Pensura di Sungai Batang Rejang dengan menaiki sebuah bot jenis PAC 769. 

Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua kayu balak yang sudah siap disusun itu dipercayai dalam proses mahu diangkut dan dijual di tepi sungai berkenaan. 

Sumber: Utusan Malaysia


 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS