Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

6 WARGA VIETNAM AKTIF KES PECAH PEJABAT DITAHAN

Jasin, 29 Jan. - Polis menahan enam lelaki warga Vietnam yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah masuk bangunan pejabat dalam Ops Tebuk pada 19 Januari lalu. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah daerah itu dalam tiga serbuan berasingan antara pukul 2.45 pagi hingga 6 petang. 

Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan ketika sekatan jalan raya di Kilometer 25.6, Jalan Jasin-Bemban apabila pihaknya menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback berwarna putih dalam keadaan mencurigakan dinaiki empat lelaki Vietnam. 

"Hasil pemeriksaan salah seorang daripada suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Pemeriksaan pada kenderaan pula menemukan beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan mereka iaitu topeng, sarung tangan, pemotong, gunting besi, pemutar skru, mesin pemotong dan anak kunci bersama penggera. 

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS