Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

INDEKS JENAYAH BANDAR RAYA KUCHING MENURUN 18.4 PERATUS


Kuching - Indeks jenayah bagi bandar raya ini menurun sebanyak 18.4 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya. 

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini semalam. 

Beliau memberitahu, untuk itu IPD Kuching berjaya mencatat penurunan indeks jenayah bagi empat tahun berturut-turut.

“Untuk tahun 2014, kita sekali lagi berjaya mencatat penurunan indeks jenayah sebanyak 18.43 peratus berbanding 2013 dan ini merupakan pencapaian berturut-turut kita sepanjang empat tahun ini,” katanya. 

Roslan berkata penurunan itu membabitkan penurunan sebanyak 499 kes sekaligus melepasi sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) yang tetapkan oleh kerajaan iaitu penurunan indeks jenayah sebanyak lima peratus setahun. 

Sumber: Borneo Post Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS