Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

GADAI NYAWA PERTAHAN NEGARA

Sejarah bagaimanapun tidak akan melupakan kejadian sekitar jam 5 pagi pada 23 Februari 1950 iaitu tragedi yang menjadi bukti semangat anggota PDRM yang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam tragedi itu, 22 anggota polis yang berkhidmat di Balai Polls Bukit Kepong bersama lima ahli keluarga mereka terkorban selepas diserang sekumpulan komunis yang kemudiannya bertindak membakar mayat mangsa dan bangunan kayu berkenaan. 

Pengorbanan anggota polis dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang anasir khususnya sepanjang tempoh darurat wajar dicontohi generasi muda terutama mereka berkhidmat bersama PDRM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata polis menjadi tunjang utama kepada keselamatan rakyat. 

Beliau berkata, anggota dan keluarga mereka ketika itu sanggup menggadaikan nyawa dalam melaksanakan tugas menentang musuh. 

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS