Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

GAMBAR KEPALA DUA LELAKI DIPENGGAL PALSU

Orang ramai diminta tidak mempercayai penyebaran gambar kepala dua lelaki yang kononnya ahli konsi gelap dalam pergaduhan di daerah ini baru baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, gambar dua lelaki dalam keadaan kepalanya dipenggal itu adalah palsu kerana tiada kejadian seumpama itu berlaku di Klang.

Beliau berkata, gambar kejadian itu berkemungkinan belaku di luar negara dan bukannya di Malaysia. Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan gambar dan berita palsu kepada sesiapa saja untuk mengelakkan dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS