Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

LELAKI SIBUK BUNGKUS DADAH TERKEJUT DISERBU POLIS

JEMPOL:  Seorang lelaki yang sibuk membungkus dadah dalam sebuah bilik di rumah ibunya dekat Kampung Baru Cina di sini, tergamam apabila diserbu pihak polis pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek memberikan kerjasama apabila menyedari kediaman tersebut sudah dikepung pihak polis.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui beberapa paket dadah dalam seluar suspek," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pihak polis yakin suspek membeli dadah dengan saiz yang besar dan sedang membungkus semula untuk saiz yang lebih kecil sebelum diedarkan di sekitar pekan Bahau.

"Kesemua dadah tersebut adalah jenis heroin dan dibungkus dalam 51 paket kecil dengan berat dianggarkan 79.92 gram," ujarnya.

Sumber: Kosmo
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS