Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SAMUN: TIGA DIBERKAS

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua! Peribahasa itu paling sesuai diberikan kepada tiga penyamun yang berjaya diberkas polis selepas menetak seorang lelaki dan cuba meragut beg tangan, pagi Isnin lalu. 

Ketiga-tiga suspek berumur lingkungan 18 hingga 25 tahun ditahan polis ketika bersembang dengan tiga lagi rakan di sebuah pangsapuri kos rendah.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kinrara dan disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS