Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

DARI BUKIT AMAN: Perkasa Keselamatan Negara

Pembaca budiman sekalian, kestabilan negara bergantung kepada aspek keselamatan yang berkait rapat dengan kesejahteraan serta kemajuan insani dalam bidang ekonomi, makanan, kesihatan, alam sekitar, peribadi, komuniti dan juga politik. 

Di samping itu, kemajuan teknologi dan informasi yang sangat intensif terutama dalam konteks rangkaian digital menimbulkan pelbagai komplikasi yang membabitkan jenayah penipuan, perjudian haram, ancaman kumpulan miiitan dan penyebaran berita palsu yang berunsurkan fitnah. 

Ancaman dan cabaran keselamatan juga berkait rapat dengan kegiatan domestik yang berbentuk subversif, pelampau perkauman dan agama, sabotaj dan keganasan yang dilakukan oleh individu, organisasi atau pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. 

Kebebasan yang diberikan kepada rakyat perlu diimbangi dengan undang-undang untuk melindungi prinsip yang didukung oleh masyarakat di negara ini. 

PDRM amat komited dalam memastikan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara berada pada tahap terbaik agar negara terus lestari bagi mencapai mercu kecemerlangan dan kejayaan di platform antarabangsa.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS