Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

LAPORAN TAHUNAN GTP 2014 : INDEKS KADAR JENAYAH TURUN 12.6 PERATUS

Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memfokus kepada memerangi jenayah berjaya menunjukkan keberkesanan apabila kadar indeks jenayah menurun sebanyak 12.6 peratus pada tahun lalu, penurunan kedua tertinggi bagi tempoh lima tahun.

Menurut Laporan Tahunan 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP), penurunan indeks jenayah itu telah melepasi sasaran lima peratus yang ditetapkan pada setiap tahun dan diukur berdasarkan tiga fokus utama iaitu mencegah kecurian kenderaan, pemulihan dan peningkatan kemahiran banduan serta pemulihan dan penggunaan dadah.

Laporan itu mencatatkan kadar kecurian kenderaan menurun sebanyak 20 peratus apabila sebanyak 13,407 kes dilaporkan berbanding l6,733 kes pada tahun 2013.

Untuk bacaan lanjut ringkasan laporan tersebut, sila lihat pautan di bawah.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS