Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PENOREH GETAH DICEKUP KETIKA PROSES AIR KETUM

Seorang penoreh getah yang sedang leka memproses daun ketum di kawasan belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Peluban Jitra dekat sini terkejut apabila lokasi operasi haramnya itu diserbu sepasukan polis semalam.

Serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, suspek berusia 45 tahun tersebut sedang menggaul daun rebusan bercampur cecair disyaki air ketum sebanyak 5,000 mililiter (ml) di dalam sebuah periuk aluminium.

Manakala ujian saringan awal terhadap air kencing suspek juga didapati negatif dadah.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS